SEMBELIT
Sembelit berlaku bila :
 |
anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis
terlalu keras |
 |
anda jarang membuang air besar |
Ramai orang keliru bila dikatakan "jarang membuang air besar". Ini
kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar
sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan
mereka mengalami sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit.
Bagaimanapun, sembelit bolehlah dikatakan terjadi sekiranya anda pergi ke tandas
kurang daripada tiga kali seminggu.
Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ia hanyalah satu tanda penyakit
(symptom). Orang yang sembelit juga selalunya merasa sakit perut dan mengalami
angin (sendawa dan kentut).
Perempuan, budak kecil dan orang tua (melebihi 65 tahun) lebih kerap
mengalami sembelit.
Sebab-sebab berlakunya sembelit
 |
kurang fibre tetapi lebih makanan berlemak dan gula |
 |
kurang minum air |
 |
selalu menahan diri daripada membuang air besar |
 |
kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan |
 |
sebab-sebab emosional seperti tekanan perasaan |
 |
berkaitan dengan hormon seperti mengandung dan datang haid. Bagi yang
mengandung - hormon progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus
menyebabkan berlakunya sembelit. Di samping itu, janin yang menekan bahagian
usus juga menyebabkan sembelit |
 |
penyakit-penyakit seperti lupus, sclerosis, parkinson dan penyakit
endocrine (kencing manis, hypothyroidism) |
 |
ubat-ubatan seperti ubat narcotik seperti ubat batuk yang mengandungi
codeine, diuretik, anti-histamine, anti-depressant, ubat gastrik yang
mengandungi aluminium atau kalsium |
 |
makanan tambahan seperti zat besi (iron supplement) |
 |
irritable bowel syndrome / spastic colon (selalunya orang yang menghadapi
masalah ini juga mengalami cirit-birit) |
 |
penggunaan laxative (ubat sembelit) yang berlebihan boleh menyebabkan
berlakunya sembelit. Ubat ini selalu digunakan oleh mereka yang ingin
mengurangkan berat badan mereka. Contoh ubat ialah senna (Senokot) dan
bisacodyl (Dulcolax) |
 |
penyakit-penyakit usus seperti diverticulitis. Selalunya ia berlaku
bersama-sama dengan demam dan sakit perut (bahagian bawah) |
 |
untuk bayi - terdapat susu formula yang agak kuat. Ini menyebabkan
berlakunya sembelit |
 |
untuk orang tua - otot-otot perut dan usus menjadi semakin lemah bila usia
meningkat. Di samping itu, orang tua juga selalunya kurang melakukan
aktiviti seperti senaman |
Apa yang boleh anda lakukan
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengenalpasti sebab-sebab
berlakunya sembelit. Antara perkara-perkara yang boleh anda lakukan ialah :
 |
minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ambil air lemon suam sebelum makan |
 |
makan banyak buah-buahan (prune, epal, nanas, pisang dsb), sayur-sayuran
dan essential fatty acids seperti kekacang dan ikan |
 |
kurangkan kopi, teh, susu, makanan dari sumber susu dan makanan berlemak
dari haiwan (saturated fats). |
 |
tukar gaya hidup dengan melebihkan senaman. Senaman atau pergerakan badan
akan menyebabkan pergerakan otot-otot usus anda |
 |
Ambil ubat :
 |
Stimulant laxative seperti senna dan bisacodyl (Dulcolax).
Pengambilannya tidak boleh diamalkan (sila lihat di atas). Ada ubat ini
jenis yang dimakan dan ada juga yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat
jenis ini dipanggil suppository) |
 |
Bulk fibre / osmotic laxative. Fiber atau serat akan menarik air ke
dalam usus dan melembutkan najis anda. Penggunaan yang banyak adalah
tidak digalakkan sekiranya anda mengalami sakit jantung atau sakit buah
pinggang. Pengambilan ubatan yang mengandungi macrogol seperti Forlax
adalah lebih digalakkan. |
 |
Pelincir glycerine seperti enema yang dimasukkan ke dalam dubur. Ia
memudahkan pembuangan air besar |
 |
Penggunaan mineral oil telah banyak berkurangan sekarang ini kerana
kesan-kesan sampingannya |
|
 |
ambil vitamin C sekurang-kurangnya 1,000mg |
 |
ambil mineral magnesium |
 |
ambil bawang putih |
 |
ambil acidophilus dan bakteria baik lain sebelum makan (bakteria baik - probiotik- yang banyak terdapat di
dalam yogurt atau persediaan kapsul / tablet yang dijual di farmasi) |
 |
antara herba yang digunakan selain daripada senna (lihat di atas) ialah
cascara sagrada, sliperry elm, marshmellow dan peppermint |
Untuk mereka yang mengandung, jangan ambil ubat-ubatan termasuk ubat herba.
Ada ubat-ubat herba ini menyebabkan kontraksi (contraction).
|