Make your own free website on Tripod.com

BAYI: RUAM LAMPIN

Ruam lampin (nappy rash, napkin rash, diaper rash) ialah ruam-ruam merah di kawasan kemaluan dan punggung. Sebagaimana namanya, ia kerap berlaku pada kanak-kanak terutamanya bayi.

 

Tanda-tanda
bullet

ruam merah

bullet

kulit mengelepuh

bullet

luka

bullet

bengkak

 

Penyebab

bullet

Air kencing

Bahagian punggung dan kemaluan yang basah akibat air kencing adalah penyebab ruam lampin yang kerap. Ini berlaku bila air kencing tersebut bertindakbalas untuk menghasilkan ammonia dan acetone. Bahan-bahan inilah yang menyebabkan iritasi kepada kulit bayi yang lembut itu. Ia bertindak dengan memecahkan lapisan pelindung yang biasanya dihasilkan oleh kulit. Akhirnya, kulit menjadi merah dan mungkin membengkak. Ini juga memberikan laluan kepada kuman dan kulat untuk menyerang kawasan kulit berkaitan.

Oleh kerana faktor kelembapan, jangkitan yang paling kerap berlaku dalam kes ini ialah jangkitan kulat seperti kulat Candida albicans. Dalam keadaan ini, ruam akan membentuk kluster (kelompok-kelompok) di kawasan terbabit. Jangkitan kulat juga adalah lebih kerap sekiranya bayi atau kanak-kanak tersebut sedang diberikan ubat antibiotik. Sila lihat antibiotik.htm.

Jangkitan kuman (bakteria) pula akan lebih mudah berlaku sekiranya kulit menjadi luka atau mengelepuh. Selalunya ia akan bernanah.

bullet

Sabun dan bahan kimia

Ruam mungkin juga berlaku akibat sabun yang tertinggal semasa mencuci pakaian bayi. Kulit bayi yang sensitif terdedah kepada bahan kimia dari sabun tersebut. Bayi yang mempunyai kulit yang lebih sensitif berbanding bayi biasa akan menunjukkan reaksi yang lebih kuat lagi. Bahan kimia di dalam baby wipes tertentu juga boleh menyebabkan ruam lampin.

bullet

Najis

Najis yang dibiarkan lama tidak dicuci juga boleh menyebabkan ruam di samping kesan-kesan lain seperti jangkitan kuman. Ini lebih kerap berlaku sekiranya bayi mengalami masalah cirit-birit.

 

Rawatan

bullet

Gunakan pencuci yang lembut dan khusus untuk kulit sensitif seperti Sebamed, Aqua Dermis, Balneum, Oilatum, dsb. Ia boleh digunakan semasa mandi.

bullet

Gunakan krim yang mengandungi steroid yang ringan seperti hydrocortisone untuk membantu mengurangkan bengkak, inflamasi dan ruam merah. Sila rujuk steroid.htm. Selain daripada hydrocortisone, krim yang lebih lembut seperti Calamine, zink oksida (Drapolene) dan sebagainya juga boleh digunakan.

bullet

Sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan kulat, gunakan krim yang mengandungi anti-kulat. Pelbagai jenama di pasaran mempunyai kombinasi anti-kulat dengan hydrocortisone.

 

Langkah-langkah pencegahan

bullet

Sekiranya boleh, buka lampin supaya peredaran udara di kawasan punggung dan kemaluan lancar. Lakukan ini dalam masa lebih kurang sejam setiap hari.

bullet

Pastikan bahagian terbabit sentiasa kering dengan menggunakan lampin berkualiti tinggi.

bullet

Basuh kawasan terbabit bila menukar lampin dan biarkan ia kering sebelum memakaikannya dengan lampin yang baru.

bullet

Sapukan bedak yang bersesuaian seperti Cornstarch ataupun bedak-bedak ruam lain yang banyak di pasaran. Ada juga bedak di pasaran yang mengandungi zink oksida (sila lihat di bawah) dan antiseptik (seperti cetrimide, chlorhexidine) untuk mencegah jangkitan kuman (lihat di atas).

bullet

Gunakan krim penghalang (barrier cream) semasa menukar lampin. Ia boleh mencegah ruam lampin berlaku. Krim jenis ini selalunya mengandungi silikon. Antara jenama di pasaran ialah Baby Shield. Produk lain yang boleh digunakan ialah produk yang mengandungi zink (oksida).

bullet

Gunakan sabun basuh yang khusus untuk mencuci lampin dan pakaian bayi.

 

Perhatian:

bullet

Jangan gunakan bedak biasa semasa menukar lampin

bullet

Sekiranya ingin menggunakan bedak (Cornstarch), gunakan dengan berhati-hati kerana serbuk bedak boleh memasuki paru-paru bayi.