SALINDAH.com

Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama. Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak.

Pengalaman bersalin sepatutnya menjadi satu pengalaman yang indah. Sesuai dengan itu, Salindah telah dihasilkan untuk membantu ibu-ibu yang sedang mengandung. Set lengkap ini boleh diambil mulai daripada tiga bulan mengandung sehinggalah masa berpantang (40 hari). 

Setiap set Salindah dari Salindah.com akan datang bersama-sama dengan sebuah buku peraturan pengunaan yang lengkap. Antara isi kandungan buku ini ialah:

bullet

Rancangan pemakanan kesihatan dan rawatan ibu hamil sehingga lepas pantang

bullet

Rajah perkembangan bayi dari bulan ke bulan

bullet

Khasiat dan panduan penggunaan Salindah

bullet

Rancangan penjagaan kesihatan

bullet

Senaman

bullet

dsb.

Formula Salindah ini dikeluarkan oleh Prof. Dr. Azizan Haji Ismail, seorang tokoh dan pengamal perubatan homeopati, biokimia dan herbalisma yang ternama di Malaysia.

Dalam laman web ini, kami akan mengupas secara terperinci mengenai Salindah di samping membekalkan bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan ibu mengandung yang dibawakan khas untuk tatapan anda oleh Farmasi Anis.