WANITA: MENYUSUKAN BAYI

Breast-feeding atau penyusuan bayi oleh ibu adalah sangat disyorkan berbanding pemberian susu formula. Di samping mengeratkan pertalian ibu-anak, ada bahan-bahan yang tidak disertakan dalam susu formula, terutamanya antibodi untuk menentang penyakit. Kebaikan-kebaikan penyususan ibu termasuklah :

bullet

Susu awal ibu mengandungi colostrum. Colostrum mengandungi serum, sel darah putih dan antibodi yang memberikan perlindungan kepada bayi. Bayi yang baru lahir mempunyai daya tahan penyakit yang sangat lemah. Penyusuan bayi megawal bayi daripada sakit-sakit seperti cirit-birit, infantile eczema dsb.

bullet

Susu ibu juga mengandungi bahan-bahan lain yang penting seperti anti-allergik dsb.

bullet

Ia mengeratkan pertalian antara ibu dengan bayi.

bullet

Membantu menjarakkan bayi. Ini kerana hormon prolactin yang penting semasa penyusuan bayi menyebabkan proses pengeluaran telur terbantut.

bullet

Kemungkinan berlakunya kanser payu dara dikatakan boleh dikurangkan dengan penyususan bayi.

bullet

Ia membantu mempercepatkan pembuangan tali pusat (placenta).

bullet

Ia mudah didapati dan suhunya sesuai tanpa perlu dipanaskan terlebih dahulu.

bullet

Susu ibu mudah dihadam oleh usus bayi. Ia agak cair pada awal penyusuan dan menjadi semakin pekat.

bullet

Kejadian dimana pengambilan susu oleh bayi terlebih tidak berlaku dengan penyusuan ibu.

bullet

Bayi yang disusukan oleh ibunya didapati lebih cepat mampu berjalan.


Vitamin dan pemakanan yang perlu untuk ibu yang menyusukan bayi :

Ibu yang menyusukan bayi memerlukan lebih banyak kalori (pertambahan sehingga 800 kalori). Pemberian makanan yang seimbang sangat perlu. Di samping itu, pastikan pengambilan vitamin dan pemakanan di bawah ini diawasi :

bullet

vitamin A sehingga 25,000 iu (international unit) 

bullet

vitamin C 

bullet

protein 

bullet

vitamin K - yogurt, kobis 

bullet

vitamin E 

bullet

vitamin B kompleks 

bullet

kalsium. Permintaan terhadap kalsium naik semasa menyusukan bayi 

bullet

minum banyak air dan susu

Kebanyakan apa yang diambil ini akan dikeluarkan di dalam air susu dan ia penting untuk pertumbuhan bayi yang sihat.

 

Perkara-perkara lain

bullet

Jumlah air susu yang dikeluarkan tidak sama antara ibu

bullet

Perkara-perkara ini boleh menyebabkan air susu berkurangan :
bullet

Masalah thyroid

bullet

Merokok, demam, rasa gelisah, rasa penat 

bullet

Keadaan kesihatan ibu yang tidak baik

bullet

Pemakanan yang tidak seimbang (lihat di atas)

bullet

Kurang darah (anaemia) seperti pendarahan selepas bersalin (post-partum haemorrhage)

bullet

Kekerapan menyusu boleh menyebabkan air susu bertambah 

bullet

Pengambilan pil perancang. Untuk yang menyusukan anak, jenama yang disyorkan ialah Noriday kerana ia hanya mengandungi satu jenis hormon sahaja, berbanding 2 jenis bagi jenama-jenama lain (lihat wanita_rancang.htm

bullet

Stimulasi yang dikenakan ke atas buah dada. Kanak-kanak yang diberikan pacifier (puting plastik untuk dihisap semasa tidak menyusu) mungkin tidak menyedut dengan kuat berbanding yang tidak diberikan pacifier. Begitu juga sekiranya bayi demam atau mengalami kecacatan seperti bibir sumbing. 

bullet

Kedua-dua buah dada haruslah digunakan semasa menyusu.

bullet

Penggunaan habbatus sauda dan pengambilan Lactare membantu menambah susu badan.

 

Masalah yang berlaku jika tidak menyusukan bayi

Ibu yang tidak menyusukan bayi mungkin menghadapi masalah kerana buah dada akan membengkak kerana susu tidak dapat dikeluarkan. Ini menyebabkan sakit dan ketidak-selesaan pada ibu tersebut.

Oleh itu, ibu yang tidak menyusukan bayi perlu mengeluarkan susu menggunakan alat pengepam susu yang banyak didapati di farmasi dan kedai-kedai bayi. Bagaimanapun ini mungkin menyebabkan komplikasi lain atau acute mastitis. Ketulan merah mungkin berlaku pada buah dada. Kawasan ini mudah dijangkiti oleh kuman.

Pemberhentian susu boleh dilakukan dengan pengambilan ubat. Antara ubat yang popular ialah ubat yang mengandungi bromocriptine (boleh didapati hanya di klinik atau farmasi). Bagaimanapun, penggunaan bromocriptine (seperti Parlodel dsb) untuk tujuan ini tidak lagi digalakkan. Sebaliknya ubat yang mengandungi metergoline seperti Liserdol lebih disyorkan. Ubatan ini boleh didapati di klinik atau farmasi sahaja.


Inginkan anak yang cerdik ? Lihat dha.htm