BUASIR
Definisi
buasir (haemorrhoids, piles)
Buasir
ialah saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur
(rektum dan anus). Ada dua jenis buasir yang utama iaitu:
 |
Buasir
dalam. Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia
mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan
air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia
selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.
|
 |
Buasir
luar. Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir
jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah
yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.
|
Sesetengah
pesakit mengalami buasir dan luka (anal fissures) manakala sesetengahnya hanya
menderita akibat anal fissures tersebut. Thrombotic haemorrhoids (sekiranya
darah di dalam saluran venus yang membengkak ini menjadi beku), pesakit mungkin
akan mengalami pendarahan (tidak kira sama ada buasir dari jenis dalaman atau
luaran). Sakit yang dialami oleh penderita thrombotic haemorrhoids ini selalunya
menjadi semakin teruk bila adanya irritasi atau pertambahan tekanan (contohnya
bila batuk).
Sebab-sebab
berlakunya buasir
 |
Tekanan
(pressure) |
Saluran
darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan.
Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya
berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas
dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak
tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang
berjalan menggunakan empat kaki.
Di
samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di
bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.
 |
Duduk
atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
|
Orang
yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan
untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan
dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar. Sila lihat
di atas.
 |
Sembelit
|
Najis
yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini
menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian
dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir
dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.
 |
Berat
badan berlebihan |
Berat
badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.
 |
Mengandung
|
Mengandung
adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan
yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan
darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini
dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon
yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih
"relax", dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan
fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya
sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu
mengurangkan masalah ini.
Adakah
buasir penyakit keturunan?
Tidak
ada bukti yang sahih menyatakan bahawa buasir adalah penyakit yang diwarisi.
Bagaimanapun ada keluarga yang nampaknya lebih cenderung menghidap penyakit
ini berbanding keluarga lain. Ini berlaku mungkin kerana pemakanan yang diamalkan
oleh sesebuah keluarga tersebut.
Adakah
buasir akan menyebabkan kanser?
Buasir
tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi kanser. Haruslah diingat bahawa
pendarahan di bahagian dubur mungkin bukan disebabkan oleh buasir sahaja. Pendarahan
mungkin adalah sebagai tanda awal penyakit kanser usus. Adalah sangat mustahak
untuk anda membuat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian
dubur anda, atau bila anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah
telah bercampur dengan najis).
Pencegahan
 |
Pemakanan
yang sihat |
Pemakanan
yang sihat terutamanya yang mengandungi serat yang tinggi akan mengurangkan
risiko berlakunya sembelit.
 |
Pengambilan
ubat laxative |
Ubat
laxative terutamanya bulk laxative bertindak sama seperti pengambilan serat
yang tinggi. Ia akan memudahkan pembuangan air besar tanpa perlu melakukan
teranan yang kuat.
 |
Senaman
|
Senaman
yang kerap dan berjadual akan memberikan "tone" yang sihat kepada
otot-otot yang berkaitan. Ini mengurangkan lagi risiko menghidap buasir.
Ubat-ubatan
 |
Jenis
sapu. Jenis ini sesuai untuk buasir luar. Antara jenama yang ada dipasaran
ialah Neo-Healer dan Anusol. Krim yang lebih kuat seperti Procotsedyl dan
Xyloproct hanya boleh didapati dari farmasi atau klinik.
|
 |
Jenis
peluru. Ubat jenis ini sesuai untuk dimasukkan ke dalam dubur. Ia adalah
untuk buasir dalaman. Antara jenama yang ada di pasaran ialah Neo-Healer,
Anusol, Proctosedyl dan Xyloproct.
|
 |
Jenis
makan. Ubat jenis ini membantu mengecutkan saluran darah. Antara yang kerap
digunakan ialah Ginkgor forte, Daflon dan Pilex. Di samping itu pengambilan
Jus atau Jeli Gamat dikatakan dapat membantu menyelesaikan masalah buasir
ini. |
 |
Untuk
kes-kes yang lebih serius, pembedahan mungkin diperlukan.
|
Artikel-artikel
berkaitan:
|